Selamat Pengantin Baru.

Selamat Pengantin Baru.

Selamat Pengantin Baru, itulah yang bisa diucapkan kepada mereka berdua. Ustaz Nor Adli Syahri dengan pasanganya Ustazah Nurhafizah selamat diijab kabulkan pada 8 Ogos yang lalu. Walaupun agak terlewat melakarkan ucapan ini di blog ini, namun saya pasti, ucapan sebegini pasti dinanti dan ditunggu2 oleh pasangan walaupun terlewat seketika.

Saya berasa sungguh kecewa kerana tidak dapat menunaikan permintaan Ustaz Adli untuk menghadiri dan menyaksikan upacara perkahwinan beliau, yang memberi petanda tamatnya zaman beliau memjejaki dan membelah dunia secara solo. Walaupun pada 05 Ogos yang lalu saya berada di Menara MIDA, sebelah dengan KL Sentral, sepatutnya saya mempunyai peluang yang tinggi untuk menghadiri upacara tersebut. Namun disebabkan kerja yang terpaksa dilaksanakan di Terengganu pada 08 Ogos, saya terpaksa berlepas pulang walaupun hati tetap mahu ke Klang (Lokasi Kenduri Kahwin). Ampun dan maaf dipinta dari Ustaz Adli dan pasangan, kerana gagal menyaksikan detik-detik manis anda berdua.

Ustaz Adli yang saya kenali semenjak beliau berada di Maahad Darul Anuar Pulau Melaka, kemudian berhijrah ke Bumi Morocco. Penghijrahan beliau ke bumi Morocco menjadikan ikatan antara kami semakin akrab. Di Morocco, Ustaz Adli mendaki takta satu persatu sehingga sampai di destinasi kedua tertinggi. Begitulah hebatnya pendakian Ustaz Adli di Morocco menyebabkan namanya terus terkenal dan tersemat dalam minda semua pelajar Melayu. Dek kerana kemashuran yang dicipta, tidak mustahil ramai kaum hawa yang meminati dan memerhatikan beliau.

Akhirnya Ustazah Nur Hafizah yang berjaya menawan hati beliau dan tidak salah sekiranya saya nyatakan, beliau juga telah berjaya menawan hati Ustazah Nur Hafizah, akhirnya mereka berdua ditawan dan menjadi orang tawanan. Saling tawan menawan antara satu sama lain. Semasa saya berada di Morocco, saya tidak dapat memastikan sasaran Ustaz Adli sehinggalah saya ingin berangkat ke Kota Suci Mekkah. Maklumlah doa yang dilafazkan di Multazam dan di Raudah, insyaAllah, potensi untuk dimakbulkan adalah begitu tinggi. Lalu Ustaz Adli menyatakan nama bakal pasanganya untuk didoakan di sana. Bukan Ustaz Adli seorang yang datang menyatakan isi hati sebelum bertolak ke Mekkah, bahkan ramai lagi. Semoga semuanya di makbulkan oleh Allah Taala. InsyaAllah.

Ingatlah Pesanan Rasulullah S.A.W :

عن ابن مسعود -رضي الله عنه- في قوله: ( كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم شباباً لا نجد شيئاً، فقال: يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج، فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء ) متفق عليه.

&

“إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه، إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد كبير “

أخرجه يحيى بن معين في “تاريخه” والبخاري في “الكنى” والترمذي وآخرون من حديث أبي حاتمٍ المزني

Sesungguhnya setiap perkahwinan itu dibina diatas nilai Kasih Sayang, Kecintaan dan Kerahmatan. Firman Allah Taala:

قال الله تعالى: [الروم: 21]، ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجاً لتسكنوا إليها، وجعل بينكم مودة ورحمة

Adalah sukar dan mustahil untuk mencapai matlamat Kasih Sayang, Kecintaan dan Kerahmatan sekiranya perkahwinan yang dibina secara paksaan.

Akhirnya saya doakan kepada anda berdua seperti mana yang diajar oleh Baginda S.A.W.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما على خير

Dan saya sudahi artikel ini dengan kata2 hikmat ini:

ما قيل في الزواج من افواه المشاهير

يقول نابليون : الذي يدع امرأته تحكمه، لاهو رجل ولا هو امرأة، انه لاشيء.

يقول برناردشو : المرأة ظل الرجل عليها أن تتبعه، لا أن تقوده .

يقول كابو : أذكى الأزواج و ألطفهم معشرا، هو الذي ينادي زوجته مهما بلغ بها العمر ياصغيرتي .

يقول شكسبير : لا تطلب الفتاة من الدنيا الا زوجا، فإذا جاء طلبت منه كل شي .

الزوج كالمصور، يريد من زوجته أن تبتسم .

يقول بارناردشو : تقلق المرأة على المستقبل حتى تجد زوجا، ولا يقلق الرجل على المستقبل الا بعد أن يجد زوجته .

ستيفنسون: الزواج كالحياة: كلاهما ميدان للقتال لا فراش وثير مزين بباقات الورد
بيكر ستاف: اننا نتزوج لنسعد الاخرين لا نسعد انفسنا

فولتير: الزواج هو المخاطرة الوحيدة التى يقبل عليها الجبان

اوسكار وايلد: رايى فى الزواج ان تتزوج كل النساء والا يتزوج جميع الرجال
برنارد شو: مهمة المرأة الزواج باسرع ما تمكنها الظروف أما مهمة الرجل فهى التلكؤ طالما مكنته الظروف

ديفيد بيسونيت: قرأت أخيراً أن الحب هوأمر مرده إلى الكيمياء، هذا لا بد أن يكون السبب في أن زوجتي تعتبرني من النفايات السامة

هيمانت جوشي: بعد الزواج يصبح الزوج والزوجة كوجهي عملة، لا يستطيعان مواجهة بعضهما ومع ذلك يبقيان معاً

سقراط: عليك السعي طلباً للزواج بشتى الطرق، فإن حصلت على زوجة جيدة فستصبح سعيداً وإن حصلت على زوجة رديئة فستصبح فيلسوفاً

دوماس: النساء يلهمننا أشياء عظيمة، ويمنعننا في ذات الوقت عن تحقيقها
باتريك موراي: أصابني سوءالحظ مع كلتا الزوجتين، الأولى تركتني بينما الثانية لم تفعـل.

رودني دانقرفيلـد: كنت وزوجتي سعداء لعشرين سنـة، ثـم التـقـيـنـا
ميلتون بيرل: الزوجة الجيدة هي التي دوماً تسامح زوجها، عندما تكون هي المخطئـة

2 responses to this post.

  1. Posted by fathifawwaz on August 25, 2009 at 2:43 pm

    Assalamualaikum Ustaz Shakir.

    Hebat betul kupasan cerita tentang perkahwinan Ustaz Adli dengan Ustazah Hafizah. Saya juga mendoakan semoga mereka berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Giliran Ustaz Shakir bila pula? Di Makkah hari tu tak doa untuk jodoh sendiri ke?…hehe.

    Hebat betul kata-kata pujangga tentang perkahwinan tu. Nampaknya Ustaz Shakir sedang membuat persediaan sebelum memasuki gerbang perkahwinan agaknya…hehe. Tertarik dengan dua kata-kata daripada Bernadshou:

    1) Perempuan itu merasa resah akan masa depannya sehinggalah dia mendapat suami, dan lelaki itu tidak merasa resah tentang masa depannya kecuali setelah mendapat isteri.

    2) Keutamaan perempuan adalah untuk berkahwin secepat mungkin, adapun keutamaan lelaki pula adalah untuk menangguhkan perkahwinan selama yang mungkin.

    Mungkinkah kita berada dikalangan lelaki yang disebutkan tersebut?…haha.

    Wassalam.

    fathifawwaz

  2. waalaikumussalam, Ust Fathi.

    Agak sukar untuk memanggil nama Ust Fathi, hati lebih suka dan ceria sekiranya dipanggil dengan panggilan selama ini, Abe Long.

    Terima kasih Abe Long sudi memberi komen sepatah dua kata,
    Takkan dengan artikel ini, Abe Long kira org disini sudah bersiap sedia, tidak tepat sama sekali sangkaan itu.

    Orang disini rasanya tidak ‘belorak mano’ utk buat majlis. Almaklumlah, org disini suko benar naik keretapi gerabak belakang sekali. Adat kata, dia sokmo hok lewat sampai mahattoh @ stesen.

    Sekian lah dulu Abe long.

    Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: