Cerita Gaharu di Morocco.

Cerita Gaharu di Morocco.

Agar_Wood_OUD_KAYU GAHARU @ OUD KIMARI

Sepanjang  4 tahun di Morocco, bermacam2 perkara difikirkan untuk mengisi saku, menyara kehidupan diri serta mencari pengalaman baru. Daripada berurusniaga dengan kelompok Melayu, saya membuat andaian bahawa pendapatan saya tidak akan lumayan. Mulalah mengerakkan langkah mengatur strategi untuk mula berniaga dengan Kelompok Arab Morocco dan Arab dari Timur Tengah. Kumpulan yang menjadi sasaran ialah bukan orang awam (arab) biasa, tetapi kelas bangsawan, dan diplomat.

Sebelum kedatangan ke Morocco, saya langsung tidak mengenali Kayu Gaharu. Semasa berada pada Tahun ke dua disini, saya mula mendapat tahu bahawa Kayu Gaharu mendapat permintaan tinggi di sini, dan membawa keuntungan lumayan. Sebagai langkah permulaaan, saya bergegas ke Khubazat, pasar besar di Kenitra. Saya mula membeli kayu gaharu untum mengenali sifat dan bau yang dihasilkan dari kayu gaharu apabila ia di bakar.

Oudh Royale MyanmarMINYAK ATAR KAYU GAHARU @ DAHN OUD

Kayu Gaharu menjadi kegilaan semua Bangsa Arab, bermula daripada kelas biasa sehingga ke peringkat bangsawan ternama. Kayu Gaharu hanya boleh didapati di kebanyakan negara Asia tenggara seperti, Indonesia, Malaysia, Thaiand, Kemboja, dan India. Sekiranya wanita amat suka dan bermegah2 dengan sejenis logam bernama Emas, lelaki arab amat cinta dan ketagih kepada sejenis kayu bernama gaharu, terutama yang berkualiti tinggi seperti Super Malaki. Kayu Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau yang harum bagi orang arab, dan daripada kayu gaharu itu juga dihasilkan Minyak Wangi @ Atar yang paling mahal didunia. Saya sudah mula melupai akan harga Minyak Atar tersebut, tetapi saya pernah menemui dan mencium bau Minyak Atar kayu gaharu di Casablanca, nilainya mencecah DH 1200 sebotol. Saiz botol adalah lebih kurang sebesar separuh ibu jari tangan. Ia diperam untuk satu tempoh yang begitu lama. Minyak Wangi kayu Gaharu mampu bertahan selama 2 – 3 hari apabila dipakai di bahagian tubuh lelaki.

Hampir sukar untuk mendapatkan kayu Gaharu asli di Khubazat dan Souk Kodim Rabat. Biasanya di Souk Kodim Rabat, Tokey2 Emaslah yang akan menjual Kayu Gaharu kepada orang awam. Ia dijual mengikut sukatan Gram. Bagi kelas Bangsawan dan Diplomat, Kayu Gaharu di Khubazat dan Souk Kodim langsung tidak dipandang, mereka sentiasa membeli Kayu gaharu di tempat2 ekslusif. Seperti Ibrahim Qurasy, Arabiyah Lil Oud (Arabian Oud).

Disebabkan semangat yang berkobar2 untuk mencuba nasib dalam perniagaan baru ini, saya menghabiskan wang sebanyak DH10,000 lebih untuk membeli tiket penerbangan balik ke Malaysia. Pulang ke Malaysia hanya lebih kurang 30 hari. Tak berbaloi untuk balik untuk tujuan bercuti. Disebabkan berniaga punya pasal, Casablanca – Kuala Lumpur sudah menjadi seperti Kota Bharu – Kuala Lumpur.

Setelah pulang semula ke Morocco, saya mula menghubunggi Tokey2 Kayu Gaharu. Seorang Tokey di Casablanca menjadi sasaran pertama saya, perbincangan dilakukan di salah sebuah Maqha (Kedai Kopi) didalam bandar Casablanca. Saya membawa bersama pemetik api untuk membakar kayu gaharu. Ia bertujuan pembeli mencium bau kayu gaharu dan cuba mengredkan kayu tersebut. Semasa dalam perundingan jual beli dengan Org Arab, kita wajib menguasai keadaan dan diri si pembeli. Untuk menguasai keadaan kita mesti mahir istilah2 perniagaan dalam bahasa arab dan bertutur dengan lancar sehingga menguasai si pembeli.

Akhirnya, saya berjaya meyakinkan beliau tentang produk saya itu dan dia membeli dengan harga DH 2500. Separuh dibayar secara tunai dan separuh lagi dengan sekeping cek. Malam itu, saya pulang ke Kenitra dengan senyuman yang panjang lebar, maklumlah perniagaan hari itu membawa pulangan yang cukup besar.

Pelangan kedua saya adalah seorang Pegawai Kedutaan Arab Saudi. Temu janji dilakukan untuk bertemu di depan Stesen Keretapi Rabat Ville. Setelah beberapa ketika menunggu seorang diri, dia meminta supaya bertemu di Masjid Sunnah. Hari itu merupakan hari ahad, cuti umum di Morocco, pada hari yang sama En Salim membuat Majlis Bacaan Yasiin di rumah beliau. Saya salah seorang diundang ke rumah beliau pada hari itu. Setelah selesai Solat Zohor, kami memulakan perundingan di dalam kereta beliau yang diletakkan di tepi Masjid Sunnah. Lama sungguh berunding, terutama mengenai harga.

Dia memberi tawaran untuk membeli kesemua kayu gahru yang saya bawa pada hari itu dengan harga DH 4000. Sedangkan harga sebenar mencecah hampir DH 10,000. Hari itu saya berkeras tidak memberikan kayu tersebut dengan harga yang diminta. Ia bukan melambangkan bahawa saya seorang yang sukar untuk berunding tetapi, ia adalah soal prinsip. Kalau sya memberikan dengan harga DH 4000. saya masih lagi memperolehi untung, tetapi hanya beberapa ratus. Kalau ikutkan dengan kualiti dan kuantiti kayu gaharu pada hari itu, saya boleh mendapat untung antara DH 2000 – 4000. Akhirnya dia hanya mengambil sedikit sahaja kayu gaharu, nilainya, kalau tidak silap DH 1000 lebih.Ok lah….dengan jualan seribu lebih itu, beratus2 saya mendapat untung hari itu. Proses rundingan dengan Pegawai Arab Saudi itu terlalu lama sehingga terlewat sedikit tiba di rumah En Salim.

Bersambung……

One response to this post.

  1. Posted by g nail on February 9, 2010 at 4:06 pm

    Slmlkm saudara……saya tertarik dengan post saudara.Kalau turun kbrunei,….saya ada sampel gaharu ditangan saya …Sebulan saya boleh cari sekitar 50kg gaharu gred A. E mail saya jika berminat ……..gnailbomb@hotmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: