Terkejar-kejar di bumi sendiri.

Terkejar-kejar di bumi sendiri.

Sudah sekian lama memikirkan perkara ini, semakin difikir semakin banyak persoalan yang timbul. Sebagai seorang Muslim Melayu Malaysia, terasa sedikit kebanggaan apabila tibanya hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Akan tetapi kebanggaan itu hilang sekelip mata apabila memikirkan Bangsaku beragama Islam di Malaysia, semakin hari semakin ketinggalan dari aspek ekonomi negara.

Malaysia, dahulunya Tanah Melayu merupakan tanah air yang diwarisi dari datuk nenek semenjak turun temurun. Namun, tempat yang kita huni ini menjadi tuah di kaki orang lain. Hari ini, setelah 52 tahun kita merdeka, kaum Cina di Malaysia lebih kurang 24 % merupakan golongan hartawan yang menguasai ekonomi dan perniagaan dalam negara. Walaupun 24 % itu bukan merupakan majoriti yang membentuk penduduk Malaysia, namun majoriti perniagaan dan lokasi strategik di kawasan bandar menjadi milik mereka.

Semakin hari, jurang kemiskinan antara Cina dan Melayu-Islam semakin melebar dan  menyebabkan kita semakin terkejar-kejar mencari keselesaan ekonomi di bumi sendiri. Dr Mahathir pernah menghuraikan perkara ini dalam buku beliau “Malay Dilemma”. Dalam hal ini, nampaknya kita seolah-olah menyerah kalah kepada pendatang dari sebuah negara yang telah mempunyai tamadun dan dinasti beratus2 tahun yang lampau.

Kalau di Morocco, keadaan ekonomi dan perniagaan dikuasi oleh golongan Amazigh atau Barbar. Mereka seolah2 mempunyai seni dan tarian tersendiri dalam  menguasai ekonomi. Dari pemilik kedai runcit biasa sehinggalah pemilik syarikat bertaraf  konglomerat.

Pada bulan April yang lalu, saya berkesempatan untuk hadir ke Mesyuarat Pemborong & Pengilang Beras Malaysia yang di adakan di Kementerian Pertanian- Wisma Tani, Putrajaya. Apa yang menghairankan, majoriti Pemborong & Pengilang Beras adalah dari golongan Cina. Saya anggarkan jumlah mereka pada hari itu adalah sekitar 50 – 60 %.

Dalam masa yang sama, negara yang Majoriti Melayu dan majoriti petani yang menanam padi adalah dari kalangan Melayu. Tetapi, kebanyakan kita hanya mempu bergelar petani dan tidak mampu untuk melonjak keatas. Akhirnya putaran ini tercipta, Melayu yang tanam padi, Cina yang memproses dan Melayu yang membeli beras. Yang kaya ialah mereka dan bukanya kita walaupun kita yang tanam diatas tanah sendiri.

Tidakkah kita rasa sedih dengan nasib kaum yang seagama dengan kita. Sampai bila kita terus mahu mengekalkan diri dengan keadaan sebegini.?

Kita hanya megetahui bahawa bidang perniagaan di negara kita dikawal dan dikuasai oleh kaum Cina, tetapi kita tidak mengetahui sejauh manakah penguasaan mereka dalam bidang tersebut. Hal ini berlaku kerana kita melihat mereka dari luar, bukanya dari dalam. kita melihat aktiviti perniagaan mereka dan kita bukanlah seorang ahli perniagaan, tetapi kita hanyalah kakitangan kerajaan dan sebagainya.

Semasa ingin membeli sebuah jentolak tanah Caterpillar 950 C, pada sekitar bulan April yang lalu. Pada mulanya kami bertemu dengan seorang Tauke jentolak di Batu Caves, kemudian Tauke Cina ini, membawa kami kepada tauke Cina yang lain di kawasan Kepong. Tauke ini mempunyai perlbagai jentolak, dari kiraan kami nilainya mencecah jutaan ringgit. Malangnya kami tidak berminat dengan jentolak milik Tauke ini, lalu kami dibawa ke Balakong, disini kami berjumpa dengan tauke lain, dan setelah mencuba, kami bersetuju untuk membeli jentolak tersebut.

Selepas 2 3 hari, saya ke sana semula untuk mengambil jentolak tersebut, kemudian kami dibawa ke lokasi lain untuk membeli lori hantu. Semua lokasi yang kami pergi, semuanya milik tauke2 Cina. Selepas berbalas kata dalam meminta harga dikurangkan, dia hanya mengurangkan sebanyak 500 Rm sahaja. Tauke ini bukan sahaja menjalan perniagaan untuk dalam negara, tetapi terdapat jentera yang dihantar keluar negara seperti Dubai. Sungguh hebat perniagaan mereka.

Kini saya mula yakin dan menyedari, dalam perniagaan di bumi saya sendiri, saya terpaksa berurusan dengan Cina yang dahulunya hanyalah pendatang, akan tetapi kini telah mendapat kerakyatan negara. Dan kini, sedikit demi sedikit mereka menguasai ekonomi negara.

Bukan sahaja di negara kita, tetapi di Indonesia juga hampir sama. Saya baru pulang dari misi perniagaan ke Tanjung Karimun, Riau, Indonesia. Kebanyakan deretan Kedai dan gudang dimiliki oleh Kaum Cina, Melayu, Bugis dan kaum lain di sana hanyalah pekerja biasa dan ada yang menjadi kuli kepada Tauke2 Cina. Kebanyakan Cina disana menghantar anak2 untuk belajar di Singapore. Mutu dan kualiti pendidikan di Singapore jauh lebih baik berbanding di sana. Anak2 Cina mampu menghirup pendidikan kelas pertama disebabkan bapa2 mereka merupakan Orang kaya yang mempunyai wang membiayai pendidikan mereka.

Akhirnya kekayaan negara dimiliki oleh mereka dan kita hanyalah mampu terkejar2 melihat satu demi satu kejayaan mereka.

One response to this post.

  1. nice post akhi…
    entah kenapa saya membacanya berulang kali, dan pada setiap ulangan itu, kerapkali saya menemui diri saya, kesungguhan perpaduan dan keazaman sukar menjadi darah daging melayu, kita hanya mampu menjadi pembeli, dlm byk hal kita gagal menjadi penjual..bukan tidak mencuba, tapi bangsa sendiri tidak menyokong, malah usaha menjatuhkan lebih ketara dari membantu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: