Archive for January, 2010

تقوى الله

تقوى الله

 

عليك بتقو الله إن كنت غافلا   *   يأتيك بلارزاق من حيث لا تدرى

 

فكيف تخاف الفقر والله رازقا   *   فقد رزق الطير والحوت فى البحر

 

ومن ظن أن الرزق ياتى بقوة   *   ما اكل العصفور شيئا مع النسر

 

تزول عن الدنيا فإنك لا تدرى   *   اذا جن عليك اليل هل تعيش الى الفجر

 

فكم من صحيح مات من غير علة   *   وكم من سقيم عاش حينا من الدهر

 

وكم من فتى امسى واصبح ضاحكا   *   واكفانه فى الغيب تنسج وهو لا يدرى

 

فمن عاش الفا والفين   *   فلابد من يوم يسير الى القبر

Cukai Oh Cukai

 Cukai

Tahun 2010 telah pun tiba, rakyat Malaysia menyambut tahun baru dengan kenaikan 20 sen harga gula. Kenaikan terbaru telah menjadikan harga gula kepada RM 1.70 sekilo. Kenaikan harga gula ini sudah pasti akan menyebabkan kenaikan harga -harga minuman dan kuih-muih di keadai kopi dan sebagainya.

Tahun 2010 juga menyaksikan cukai hartanah sebanyak 5 % kembali berkuat kuasa bermula 1 januari 2010. Cukai hartanah ini – Real Property Gains Tax (RPGT)-. telah dimansuhkan pada zaman Tun Abdullah Badawi berkuasa, namun selepas Dato Seri najib mengambil alih kuasa negara , beliau kembali menguatkuasakan cukai ini. Ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga rumah dan hartanah seluruh negara.  Perlu diketahui bahawa di negara kita sememangnya terdapat banyak cukai, bermacam- macam dan berbagai2. Apabila anda membeli hartanah , anda akan dikenakan duti stem sebanyak 2 peratus lebih daripada harga belian hartanah tersebut. Anda perlu mempunyai duit untuk membeli hartanah dan anda juga perlu ada duit untuk membayar duti stem bagi membolehkan anda menukar nama dalam geran hartanah tersebut. Pada pendapat saya, kerajaan tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan negara, oleh yang demikian pelbagai cukai dikenakan kepada rakyat jelata.

Bajet 2010 ada mengumumkan tentang pemeriksaan kereta yang melebihi 15 tahun keatas. Pemeriksaan perlu dijalankan dengan bayaran tertentu dikenakan. Pemeriksaan sebegini biasanya dikenakan kepada teksi, bas dan lori. Begitu juga kereta yang dipindah milik, perlu melalui pemeriksaan Puspakom untuk membolehkan pindah milik diluluskan. Tetapi bantahan daripada masyarakat dan badan2 tertentu telah menyebabkan kerajaan menarik balik pengumuman tersebut.

Semakin hari kita dihimpit dengan cukai dan ia menyebabkan kemerosotan pendapatan individu. Untuk mendapatkan pendapatan lebih, kerja perlu digandakan , usaha perlu ditingkatkan. Pada zaman yang serba pantas ini, pergerakan dan pemikiran juga perlu pantas supaya kita tidak tersepit dalam keadaan yang sentiasa berubah.

Ust Asri & Rakan2 Morocco

 

Pada 27 Disember 2009 yang lalu, hampir semua bekas mahasiswa Morocco (2000-2008) yang berada di Malaysia diundang ke Majlis Perkahwinan Ustaz Asri Taharuddin. majlis yang berlangsung di rumah beliau di Bukit Gantang Taiping Perak diadakan selepas majlis perkahwinan Ustaz Faiz Mukmin (Podo) (25 Dec 2009) di rumah beliau Dungun Terengganu.

Ustaz Asri dan Ust Faiz tersenyum manis dihari bersejarah buat mereka berdua. Tambahan pula apabila majlis dihadiri sahabat yang pernah berkelana bersama dibumi Morocco. Kehadiran kami pada hari tersebut  menandakan, mereka (pengantin) telah `diraikan` oleh sahabat pada hari yang penuh makna bagi mereka (pengantin)

Majlis perkahwinan bukan sekadar meraikan hari bahagia buat  kedua2 pengantin, tetapi ia turut mempertemukan rakan2 seperjuangan di bumi Morocco tempoh hari. Di Morocco, kekerapan berjumpa antara rakan seperjuangan adalah lebih banyak berbanding setelah pulang ke Tanah Air. Masing2 dihimpit dengan kesibukan disebabkan kerjaya sendiri.

Kesempatan bertemu mata dengan rakan yang lain merupakan nikmat dan anugerah Allah Taala yang patut disyukuri. Pertemuan itu walaupun sekejap (beberapa jam shj) ia sudah cukup untuk beramah mesra dan bertanya khabar. Sudah pasti nostalgia lama ketika dibumi Morocco kembali segar dalam ingatan. Segala peristiwa dan memori lama ketika di Morocco menjadi pedoman dan pengajaran bagi mereka yang berakal.

Saya mula mengenali Ust Asri ketika tiba di Morocco pada 2004, kedatangan saya dan rakan2 dibumi Morocco disambut mesra oleh senior2 ketiaka itu termasuk Ust Asri. Ketika itu Ust  Asri menghuni di Long House, 27 Rue Jamaluddin Afghani, Kenitra. (Sebelah Rumah N9 / Sebelah Rumah Pak Cik Hussin). Ia dinamakan Long House disebabkan keadaan rumah yang panjang dan lebarnya yang sempit.

Namun disebabkan pengajian di Marrakech, sekali sekala ketika program persatuan, saya akan bertemu dengan Ust Asri. Tetapi setelah bertukar lokasi pengajian ke Kenitra pada 2005, saya memohon dengan Ust Asri & Ust Ijam untuk tinggal bersama di Long House. Permohonan saya diluluskan..Alhamdulillah. Beberapa bulan selepas itu datang Ust Abdullah ( Pok Loh) menjadi warga baru di Long House.

Kami berempat inilah yang menjadi ” MasterMind” menghidupkan kembali Villa Abou Temmam pada 2006 setelah ia sepi tiada penghuni. Alhamdulillah…….. Abou Temmam kekal sehingga kini.

Ustaz Asri adalah salah seorang ‘ikon’ bola sepak Melayu di Morocco. Aksi beliau sentiasa dinantikan kawan dan juga lawan. Semasa berada di Morocco, Ust Asri adalah rakan karib Pak Cik Lattif. Pak Cik Lattif akan memilih rumah Asri untuk bermalam ketika lawatan rasmi beliau ke Kenitra. Begitulah jalinan keakraban mereka berdua.

Kini, Ustaz Asri sudah selamat diijabkabulkan pada bulan yang lalu. Kita doakan bahagia yang berkekalan buat mereka berdua

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما على خير