Kitab & Kargo: Satu Memori.

Kitab & Kargo: Satu Memori.



“Kami akan usahakan kargo disebabkan ‘batch’ kami ramai yang akan tamat” begitulah lebih kurang, satu ungkapan daripada seorang senior ketika saya berumur setahun jagung di Morocco.

Oh..sungguh hebat senior ini, kata hatiku. Lalu, bertambahlah ‘respect’ saya kepada senior ini. Bukan calang2 orang yang mempunyai idea sebegini. Sudah belasan tahun pelajar Malaysia di sini, namun tiada satu pun kargo milik pelajar Malaysia dihantar ke Tanah Air.

Pada tahun 2006, senior ini pualng ke tanah air. Namun tiada kedengaran akan usaha senior ini untuk mengkargokan kitab para pelajar. Bila sudah pulang, sudah pasti idea itu tadi kekal sebagai ‘idea’ dan ia tidak diterjemahkan ke alam nyata.

Menjadi kebiasaan dan kelaziman pelajar Malasyia di Morocco menumpang mana2 kargo milik Pegawai Kedutaan yang akan pulang ke Malaysia setelah tamatnya tempoh perkhidmatan di sana. Pegawai2 ini lah secara sukarela membantu pelajar-pelajar dan menyelamatkan kitab kesayangan para pelajar.

SIKAP TIDAK RELEVAN

Ada juga dikalangan pelajar yang menjual hampir keseluruhan kitab2 mereka kepada pelajar2 Melayu lain, bahkan ada juga yang menjual kitab kepada pelajar Arab. Alasan diberi, disebabkan susah nak bawa balik kitab ke Malaysia, lebih baik jual sahaja.

Kitab merupakan nilai yang amat berharga, apatah lagi ia merupakan bahan rujukan bagi mereka yang mempelajari bidang agama. Ia amat bernilai dan boleh diwarisi sehingga anak cucu, berbanding dengan duit yang diperolehi hasil jualan kitab, ia boleh lesap sekelip mata.

BERMULANYA LANGKAH

Bermula pada tahun 2006, saya mula mengumpul maklumat sedikit demi sedikit. Akhirnya pada awal tahun 2008, gerakan dan langkah saya menjadi semakin agresif disebabkan masa berada dibumi Morocco dijanggka sudah tiba dipenghujung.

Kadang-kadang hampir setiap hari terpaksa berulang alik dari Kenitra ke Casablanca demi mencari jalan untuk proses penghantaran kargo. Lokasi sekitar Stesen keretapi Casa Port menjadi tumpuan utama saya. Naik tangga, turun tangga pejabat sudah menjadi kelaziman pada ketika itu.

Betapa perit dan sukarnya saya pada ketika itu. Berjalan kaki seorang diri, bertanyakan sesiapa sahaja. Pemandu Lori kontena yang berkeliaran sekitar Pelabuhan Casablanca juga menjadi sasaran saya untuk bertanya. Apabila bertanya kan 3 atau 4 oarang pemandu Lori Kontena, sudah pasti keempat mereka mempunyai mazhab yang berbeza. Yang pertama cakap begini, yang kedua cakap begitu, begitulah yang ketiga dan keempat.

Apayang pasti, saya tidak membantah sedikit , tetapi terus peka dengan arahan mereka itu. Semua maklumat saya installkan secepat mungkin dan akan dikaji apabila pulang ke rumah nanti. Begitu juga dengan kerenah pejabat2 logistik dan kontena. Pejabat ini cakap begini dan yang itu cakap begitu. Pada keadaan ini, saya memerlukan EQ yang tinggi untuk melayan semua arahan berbeza yang dikeluarkan pihak pejabat2 berkenaan.

Rakan2 yang ke Casablanca sudah pasti pernah terlihat Kontena yang tertulis CMG. Ini adalah syarikat kontena bertaraf dunia dan beroperasi dimana sahaja. Saya memberanikan diri memasuki syarikat gergasi ini. Oh..syarikat sebegini sukar untuk menerima seorang customer asing tetapi berbahasa arab. Mereka lebih selesa dan suka berbahasa Perancis dan Inggeris. Hasil daripada perbincangan ini, saya mendapat satu lagi ilmu berharga dalam bidang kontena.

Perlu diingati, syarikat2 kontena sememangnya sukar untuk berurusan dengan customer berstatus pelajar. Maklumlah, pelajar hanya berurusan sekali sahaja. Selepas pulang ke Tanah Air sudah pasti dia tidak berurusan lagi dengan syarikat dan tiada lagi keuntungan dan manfaat kepada syarikat. Oleh yang demikian, sikap acuh tidak acuh mereka terhadap customer sebegini dizahirkan dengan jelas sekali.

Dalam keadaan ini, terdetik dihati untuk memasuki sebuah lagi syarikat yang berada disekitar Casa Port. Kali pertama bertemu dengan seorang Lelaki yang begitu segak dan peramah orangnya. Saya memulakan bicara dengan memperkenalkan diri. Lantas saya terus bertanya, Kamu dari mana ..? Dia menyatakan bahawa dia dari selatan Morocco. Terus saya keluarkan beberapa ayat dalam bahasa Amazigh. Man za kin..? Labas Dark..? Dia terus terkejut mendengar bahasanya dituturkan oleh seorang warga Malaysia. Saya berjaya mencipta jambatan walaupun beberapa minit baru bertemu. Saya menambahkan lagi kekaguman beliau terhadap saya apabila saya mula membilang 1,2,3,4,5 dalam bahasa Amazigh. Yan, Sin, Krat, Coz, Semus, dan bla bla….

Kami berborak panjang pada hari pertama pertemuan kami. Kemudian, satu persatu dia membongkar rahsia kargo. Sebenarnya saya telah mempunyai maklumat tentang istilah usrusan kargo tetapi ia belum sampai ke peringkat sempurna. Lelaki ini menambahkan lagi maklumat berkaitan kargo.

Kali kedua, saya berkunjung ke pejabat yang sama. Tetapi nasib malang diperolehi, lelaki itu tadi telah berhenti bekerja di situ, dia kini di syarikat lain. Pemilik syarikat itu adalah seorang perempuan, dia meluahkan segala kekecewaanya terhadap rakan lelaki aku itu, lepas satu ,satu di perkatakan. Saya menjadi serba salah. Mungkin ada sesuatu yang tak kena antara mereka berdua, tetapi saya tidak mengetahui akan keadaan sebenarnya. Dan saya memang tidak mahu mengetahui perkara sebenar, saya hanya mahukan projek kargo saya berjaya.

Walaupun saya gagal menemui lelaki tadi, tetapi nombar telefon dan email beliau tersimpan rapi.

Dalam mencari jalan untuk menghantar cargo, saya bertemu dengan seorang arab. Dia adalah broker cargo. Saya pernah bermusyuarat dengan beliu dipejabatnya. Dalam berniaga sambil bercakap dan berunding, saya memerhatikan mata dan gerak geri beliau. Kadang2 memalui mata dan gerak geri sudah cukup untuk kita mengenali seseorang, sama ada dia jujur dan sebaliknya. Disamping itu maklumat diambil dan persoalan yang sama kadang2 saya sengaja ulangi demi mengetahu akan jawapanya. Kadang2 jawapan yang diberi adalah berbeza, disini sudah menzahirkan ketidak telusan dan kekurangan seni berniaga. Apa yang selalu berubah adalah mengenai harga kargo.

Kalau hantar memalui beliau, Insyaallah kargo akan sampai, tetapi kekurangan sikap profesional dalam berniaga menyebabkan aku memutuskan ikatan perniagaan dengan beliau. Terutama apabila saya berjaya mendapatkan syarikat yang lebih berwibawa dan lebih dipercayai.

Setelah selesai mencari syarikat cargo, saya mula mempelajari teknik berurusan dengan kastam Morocco. Kali pertama saya cuba memasuki Pelabuhan Casablanca, saya di sekat dan dihalau oleh polis yang menjaga pintu masuk. Apabila dihalau, sedikit pun saya tidak merasa kecewa, bahkan sudah tertanam dalam hati bahawa kejayaan semakin dihampiri, cabaran yang diperolehi bagaikan anak duri yang mengangu perjalanan menuju kejayaan.

Dalam masa yang sama urusan ‘packing’ kotak adalah menjadi satu kemestian. Kotak dibalut dengan “WhiteTape” lutsinar secara keseluruhanya. Ilmu ini saya pelajari dan saya ambil ketika mana menziarahi Mesir pada tahun 2008 yang lalu. Semasa di Mesir saya cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang cargo daripada seorang Tokey Melayu. Amat malang nasib saya ketika itu, apabila dia sengaja mengambarkan urusan cargo adalan satu benda yang rumit dan sukar.

Saya menetapkan harga 300 DH sekotak bagi kos perjalanan Kenitra – Port Klang. Dan 30 RM sekotan bagi Port Klang ke semua destinasi kecuali Sabah dan Sarawak. Saiz kotak adalah Kotak Marlboro di Morocco. Proses mencari kotak sudah memakan masa berminggu-minggu. Harga ini jauh lebih murah berbanding dengan perkhidmatan yang dilakukan oleh generasi kargo ke-2. Saya mendapat tahu saiz kotak yang sama hampir mencecah 600 DH. Harga ini cukup2 mahal. Saya sukar untuk mempercayai, kenapa ia menjadi terlalu tinggi.

Matlamat utama menguruskan kargo adalah untuk menghantar kitab peribadi dan kitab2 rakan2 ke Tanah Air. Dalam masa yang sama saya memasang niat untuk mempelajari selok belok perkhidmatan kargo dan pelabuhan. Mana tahu suatu hari nanti saya akan membeli atau menghantar barang ke luar negara melalui kapal. Oleh yang demikian, urusan kargo di Pelabuhan Casablanca dan Pelabuhan Klang akan menjadi panduan.

Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 yang menghantar kitab melalui saya. Anda telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya dalam mengendalikan urusan ini. Alhamdulillah dengan izin Allah Taala urusan ini telah selamat dan berjaya. Tidak lupa juga kepada semua rakan (terutama abou temmam) yang telah membantu dalam urusan kargo ini. Jazakumullah hu khairan jaza.

Disebabkan saya kehilangan semua gambar2 kitab dan kontena semasa saya berada di Morocco, maka saya kongsikan 2 gambar ini sahaja.

Mengangkat kitab di Port Klang

Sebelum dihantar ke destinasi, ia disimpan di Jerteh Terengganu

Turun Naik Emas

Turun Naik Emas

Sebut sahaja ‘Pelaburan’, sudah pasti terlintas difikiran kita aspek keuntungan. Ramai orang suka melabur, tetapi bukan semua pelabur berjaya dalam pelaburan. Kadang2 kita tersilap dalam membuat pelaburan. Akibat tidak mengetahui Konsep Pelaburan secara meluas, saya menjadi pening dan terus pening dengan persoalan yang bermacam2.

Alhamdulillah dalam keadaan pening dengan ‘Pelaburan’, pada tahun 2007 saya telah mendapat sebuah buku yang cukup berharga. Tajuknya ialah “Rich Dad Poor Dad”. Setelah selesai membaca buku tersebut sebanyak 2 kali, saya terus mencari buku2 yang ditulis oleh pengarang yang sama, akhirnya saya menjumpai buku “Retire Young, Retire Rich” oleh Roert T. Kiyosaki.

Kini, saya sedang mencari rahsia Pelaburan Emas. Ilmu Emas adalah cukup kompleks. Sebagai mukoddimahnya saya menjumpai graf harga emas dunia. Saya juga telah membeli 2 buah buku tentang “Gold Investment” daripada amazon.com. Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian tentang harga emas dunia. Berikut adalah naik turun harga emas dunia.

30 Day Gold Price History in USD per Ounce.

60 Day Gold Price History in USD per Ounce.

6 month Gold Price History in USD per Ounce.

1 year gold price history in US Dollars per ounce.

2 year gold price history in US Dollars per ounce.

5 year gold price history in US Dollars per ounce

10 year gold price history in US Dollars per ounce

15 year gold price history in US Dollars per ounce.

20 year gold price history in US Dollars per ounce

36 year gold price history in US Dollars per ounce

WANITA & EMAS

Lelaki sememangnya mengetahui akan minat dan kehendak Wanita terhadap emas begitu tinggi menggunung. Tetapi sejauh manakah kecintaaan dan kegilaan Wanita terhadap emas sukar diukur dengan andaian dan tekaaan. Bagi golongan Lelaki Muslim, cukup bagi mereka sekadar melihat kilauan dan sinaran emas di tangan , leher dan kaki Wanita. Mereka dilarang sama sekali memakainya, tetapi tiada dosa dicatitkan sekiranya sekadar melihat perhisan emas itu. Mereka sekadar diberi kelonggaran untuk menyarung Perak, kayu kokka dan besi sahaja.

“Tidak cantik perempuan tanpa emas, kecantikan perempuan itu pada terletak pada emas”(lbh krg) begitulah ungkapan dan kata2 yang ditutur oleh seorang rakan.

Disebabkan mempercayai falsafah ini ramai Wanita berpusu-pusu menuju kedai2 emas, mencari tali tangan , leher dan cincin paling sesuai untuk mereka. Mereka mempercayai akan kecantikan dan keayuan akan bertambah setelah menyarung cincin atau tali tangan bentuk baru. Demi kecantikan dan keayuan diri, ribuan ringgit terpaksa dihabiskan, tiada sedikit pun penyesalan dilakarkan.

Sudah genap seminggu saya menjadi penjual emas di Kedai Emas Sri Ayu Sdn Bhd. Pasir Mas Kelantan. Pelbagai kerenah dan perangai wanita diperhatikan. Wanita Kelantan sememangnya terkenal dengan Emas, suka memakai emas dan suka membeli emas. Fenomena ini melambangkan Wanita Kelantan sedikit beduit berbanding negeri lain. Ya, fakta ini memang tepat sikiranya kita memerhatikan mak cik2 di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu memakai emas 20, 30, riyal berat. Ribuan harta berada di tangan dan leher mak cik2 ini. Di sebabkan sifat suka berniaga menjadikan mereka sedikit senang daripada orang lain.

“Orang Kelantan banyak pakai Emas, kaya kaya” ujar seorang mak cik dari Baling Kedah bertandang ke kedai. Lama juga saya berborak dengan mak cik ini, daripada perbualan kami, saya dapati dia kurang arif tentang emas, tidak seperti mak cik2 Kelantan yang cukup arif tentang emas. Kadang – kadang nak ambil untung pun susah disebabkan pembeli mengetahui selok belok emas yang cukup tinggi.

Jangan terkejut sekiranya emas yang dipakai oleh seorang wanita melebihi RM 10,000.00 atau 20, 000.00. Mereka bangga dan bahagia dengan perhiasan emas yang ada pada diri.

Kadang- Kadang kehendak perempuan terhadap emas melebihi kehendak lelaki yang inginkan kereta mewah. Kalau lelaki berbangga dengan kereta mewah, perempuan juga berbangga dengan emas.

Dalam dunia ini, Orang Islam (Muslimat) merupakan kelompok tertinggi membeli emas berbanding orang lain. Jualan emas pasti meningkat ketika menjelangnya Syawal. Kedatangan Syawal disambut dengan pakaian baru dan emas baru oleh umat Islam. Fenomena yang sama juga berlaku di Malaysia.

Harga Emas sentiasa meningkat, semalam saya menjual dengan harga Rm 285 bagi satu riyal berat. Orang kelantan menggunakan istilah Riayal, Orang Terengganu akan mengunakan Istilah Amah dan Orang Kuala Lumpur Dan Selangor akan menggunakan istilah Gram dalam urusan penjualan dan pembelian emas.

Inilah sedikit sebanyak kisah yang dapat dicatatkan selama seminggu berada di gedung emas.

“Jangan lupa kawan-kawan, kalau hendak bertunang dan berkahwin, datang jumpa saya di Pasir Mas, potongan hebat menanti anda.”

Mengenali Khaled Mashal

MENGENALI KHALED MASHAL Lelaki berumur 53 tahun ini mengancam Israel dan Amerika. Beliau ialah Ketua Pergerakan HAMAS. Ketua bagi sebuah pergerakan suci membebaskan Masjidil Aqsa, membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.

Khaled Abdul Rahim Mashal dilahirkan di Silward berdekatan Ramallah pada tahun 1956. Keluarganya berpindah ke Kuwait pada tahun 1967. Memperolehi Ijazah dalam Bidang Fizik daripada Universiti Kuwait.

Semasa di Kuwait, beliau mengetuai Barisan Keadilan Islam (qaimat al-haq al-islamiyya). Kemudian, pada tahun 1980, beliau menubuhkan Liga Islam bagi Pelajar Palestin (al-rabita al-islamiyya li talabat filastin). Pernah menjadi tenaga pengajar sekolah di Kuwait pada tahun 1978-1984. Beliau tinggal di Kuwait sehingga tercetusnya Perang Teluk 1991.

Kemudian beliau berpindah ke Jordan, dan mula berkhidmat dengan HAMAS. Pernah menjadi Ahli Lembaga Politik HAMAS dan kemudian dilantik menjadi Ketua Lembaga pada 1996.

Berikutan penggusiran pimpinan HAMAS dari bumi Jordan sejurus selepas pertabalan Raja Abdullah pada tahun 1999, Mashal berpindah ke Dimash, Syiria

Pada 25 September 1997, beliau menjadi sasaran bagi satu cubaan membunuh daripada Perisikan Israel MOSSAD. Cubaan membunuh ini merupakan arahan daripada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kabinet keselamatan Israel. 10 perisik MOSSAD memasuki Jordan (tempat tinggal Mashal) mengunakan Pasport Canada. Mereka memecah masuh ke rumah Mashal ketika beliau sedang tidur dan cuba memasukkan Racun Pembunuh ke tekak beliau. Ketika itu beliau ialah Ketua Hamas Cawangan Jordan.

Dalam satu wawancara dengan Majalah Third Way Magazine, beliau memberitahu:

Third Way :

When Mossad tried to assassinate you in 1997,how did that affect you? Did it change your outlook on life?

Mashal:

It did not change my course, but it made me more positive about life. I became more courageous in the face of death. My faith became stronger that a man does not die until his time comes. That is, I will die when God decides, not when Mossad decides. It also made me more resolute in fulfilling my responsibilities. In our experience, Israeli threats have one of two effects: some people are intimidated, but others become more defiant and determined. I am one of the latter.

Pihak Berkuasa Jordan berjaya mengesan misi pembunuhan beracun ini dan berjaya menahan 2 oarang perisikan MOSSAD yang terlibat dalam misi tersebut. Raja Jordan, Raja Hussien meminta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menyerahkan penawar bagi racun tersebut. Benjamin pada mulanya menolak permintaan Raja Hussien itu. Peristiwa itu mencetuskan konflik baru di pentas politik dunia.Namun selepas itu, Presiden Bill Clinton masuk campur dan mendesak Benjamin supaya menyerahkan penawar bagi racun tersebut. Allah Taala memelihara hamba-Nya yang soleh, bertakwa serta berjihad dijalanya.

2 Orang Perisik MOSSAD dibebaskan oleh Pemerintah Jordan sebagai pertukaran dengan pembebasan Pengasas HAMAS dan merangkap Ketua HAMAS, Syeikh Ahmed Yassin.

Pada tahun 2002 beliau diberi kepercayaan menjadi wakil untuk berjumpa dengan Putera Mahkota Saudi Abdullah Bin Abdul Aziz AlSaud (sekarang Raja Saudi) ketika Perhimpunan Pemuda Islam di Riyadh. Beliau mengambil alih kepimpinan HAMAS selepas pembunuhan (syahid) Ketua Hamas, Abdel Aziz AlRantissi pada 2004.

Mashal terkenal sebagai seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi tentang kemenangan hakiki akan berpihak kepada Islam dan selalu berbicara tentang asal usul perbalahan dan persengketaan antara Palestin dan Israel. Ucapanya sentiasa dipenuhi dengan ayat-ayat suci AlQuran dan paparan Sunnah Rasulullah S.A.W. Beginilah kisah hidup seorang pejuang di medan juang, AlQuran dan AlSunnah dijadikan pencetus momentum semangat dan keberanian yang tidak mengenal erti takut. Teruskan Perjuangan!!! Allahuakbar.

Maklumat dalam artikel ini diambil daripada:
1) English- http://en.wikipedia.org/wiki/Khaled_Mashal#cite_note-4
2) English- http://www.thirdwaymagazine.com/354
3) Arabic- http://aljazeera.net/NR/exeres/02B05FF9-933F-40E5-A118-DF48E2A637AE.htm
Gaharuemas
06 Januari 2009, 2.37 am
Abou Temmam.

Memori di UK

MEMORI DI UK

Shakir & Harith

Ust Halim, Shakir & Dr Asri

Bersama Dr Asri di Uni of Wales, Lampeter

Bersama Asyraf di London

Gaharuemas
06 Janauari 2009
Abou Temmam, Kenitra

Belajar Tanpa Tajaan

BELAJAR TANPA TAJAAN


Suasana dan senario dunia hari ini menyebabkan fokus utama ibu bapa dan anak-anak tertumpu kepada pendidikan. Dunia hari ini telah bertukar padang daripada ukuran fizikal dan kekuatan diri kepada ilmu pengetahuan. Akibat daripada kesedaran ini, dunia pendidikan telah mendapat tempat tertinggi dalam minda masyarakat negara maju terutamanya dan masyarakat dunia membangun.

Fenomena di Malaysia hari ini kurang mengalakkan pelajar untuk terjun ke Bidang Agama terutama selepas kegawatan ekonomi negara menyebabkan MARA dan badan tertentu mengantung pinjaman dan biasiswa kepada pelajar.

Setelah berada beberapa tahun di alam universiti, baru aku menyedari betapa pentingnya `Tajaan @ Pinjaman` kepada para pelajar demi melanjutkan pengajian terutama diperingkat BA, MA dan PhD. Semangat mahu belajar sahaja tidak cukup untuk belajar jika tiada sumber kewangan yang mencukupi bagi menyara kehidupan diperantauan terutama dinegara yang tinggi kos hidupnya.

Kerana tiada `Tajaan & Pinjaman` ramai pelajar terpaksa melambaikan tangan sahaja, tidak mampu meletakkan diri diperingkat MA, disebabkan ketiadaan wang. Keadaan bertambah rumit sekiranya kita membicarakan soal pengajian di Jordan, UK dan sebagainya.

Di Morocco Alhamdulillah, pengajian adalah percuma, pelajar hanya perlu menyara diri dan sedikit wang untuk membeli bahan rujukan. Langkah Yayasan Pahang memberi pinjaman adalah satu langkah terpuji bagi menggalakkan anak negeri Pahang mendalami ilmu agama sama ada di Morocco, Mesir, dan Jordan. Kalau tidak kerana pinjaman, aku pasti tidak ramai yang berani datang kesini dengan  status `tanpa tajaan`.

Aku mendapat gambaran yang lebih jelas lagi tentang kepentingan tajaan apabila berkunjung ke UK baru2 ini, yuran pengajian adalah berbeza berdasarkan kos yang diambil dan universiti.  Terdapat universiti yang mengenakan yuran sebanyak 8000 GBP (Pound) setahun, bersamaan +- 40,700 RM. Ada yang lebih daripada nilai ini, dan ada yang rendah sedikit. Contohnya Pengajian Islamic Banking, Finance & Management di Markfield Institute of Higher Education adalah sebanyak 6,200 GBP setahun, bersamaan 31,600 RM. Itu baru yuran sahaja, belum lagi sara hidup dan duit saku. Itu pun sudah murah berbanding sebelum ini semasa tukaran wang asing 1 GBP berbanding RM ialah 6 ringgit lebih. Krisis ekonomi global menguntungkan sedikit sebanyak tukaran wang RM kepada GBP.

Sara hidup di Leicester, mengikut pengalaman mereka disana ialah lebih kurang 400 – 500 GBP sebulan, bersamaan 2,500 RM. Angka ini lebih besar daripada gaji permulaan Guru lepasan Ijazah di Malaysia. Ia cukup tinggi… bukan..? Kalaulah ayah anda seorang Guru yang telah lama berkhidmat, mungkin gaji beliau bisa mencapai sekitar 5000-6000 RM, maknanyan hampir 1/2 daripada gaji bulanan beliau terpaksa di sedekahkan kepada seorang anaknya yang belajar di negara bernama UK. Itupun kalau anda tiada adik beradik, dan anda adalah anak tunggal kesayangan mama dan papa.

Kerana tidak ingin menyusahkan mama dan papa mungkin pelajar membiarkan cita2 untuk menyambung pelajaran di UK buat sementara waktu. Lalu beliau mengambil langkah berkhidmat dengan kerajaan terlebih dahulu. Dengan harapan kerajaan akan menyara perbelanjaan pengajiannya nanti. Inilah fenomena yang berlaku di Tanah Air sekarang ini. Itupun bagi mereka yang suka dan berminat berkhidmat dengan kerajaan.

Namun bagi mereka yang tidak ingin makan gaji dan ingin berkerja sendiri, sudah tentu dia tidak dihiraukan dan tidak dipandang walau sebelah mata oleh kerajaan.

Kerajaan Malaysia melalui JPA memberikan wang saku untuk pelajar dibawah tajaan mereka di London sebanyak 950 GBP sebulan, bersamaan +- 4,800 RM sebulan. Dari segi angka ia mengalahkan gaji Guru biasa, mengalahkan gaji Doktor yang baru berkhidmat. Itu baru kos sara hidup…tidak termasuk yuran pengajian.

Semasa di London, aku diberitahu, terdapat anak2 Cina Malaysia belajar disini tanpa pinjaman dan tajaan dari mana2 pihak. Disini mereka belajar dan gigih bekerja, bekerja demi menyara hidup di Kota London, bekerja demi meringankan sedikit kos yuran pengajian yang ditanggung oleh ibu bapa mereka. Mereka terkenal dengan kerja keras dan usaha gigih yang tidak kenal erti penat.

Lantas aku teringat kata Prof Ungku Aziz mengenai sikap `Cina Kiasu` yang telah berjaya mengubah dan memartabatkan aspek pendidikan dan ekonomi masyarakat Cina di Malaysia. Sikap dan cara hidup Melayu secara keseluruhannya belum lagi boleh dianggap `Kiasu`.

Masyarakat Cina sedar bahawa pelaburan kearah pendidikan anak2 adalah pelaburan yang menguntungkan untuk jangka panjang, dan ia mengubah latar belakang keluarga dan keturunan. Untuk itu, generasi yang terlepas peluang untuk belajar tidak harus membiarkan generasi berikutnya berada ditahap yang sama terutama dalam aspek ilmu pengetahuan. Hatta dari aspek ekonomi hari ini, ia menuntut kepada ilmu dan idea untuk mengubah sosio-ekonomi keluarga bangsa dan negara.

Ustaz Muis yang aku temui di Leicester agak lain dari yang lain. Beliau terpaksa bekerja gigih untuk beberapa tahun, mengumpul wang demi menyara kehidupan dan pengajian di MIHE. Kehidupan dan pengajian beliau kini bebas daripada sokongan ibubapa. Walaupun kos hidup dan pengajian yang agak tinggi, namun dengan daya usaha, kerja keras dan kesabaran menggunung, beliau kini menunggu beberapa purnama sahaja lagi untuk menamatkan MA dalam Islamic Banking, Finance & Management.

Sebagai seorang pelajar yang bekerja di UK, seawal pukul 6 pagi beliau telah memulakan kerja. Maknanya lebih kurang pukul 5 pagi (sejam sebelum subuh-waktu skrg) beliau terpaksa bangkit dari tidur menuju ke medan mencari rezeki. Inilah nasib pelajar yang belajar tanpa tajaan dan pinjaman.

Untuk meneruskan pengajian di MIHE selama 14 bulan aku memerlukan lebih kurang 70,000 RM. Jumlah yang merangkumi yuran pembelajaran dan kos sara hidup. Nilai ini sukar dijumpai dan didapati didalam saku seorang pemuda berumur 23 tahun. Inilah masalah terbentang dihadapan, namun disebalik masalah aku beriman bahawa ia mesti ada jalan penyelesaianya.Kalu hari ini aku tidak menjumpainya, hari esok pasti akan ku perolehi.InsyaAllah

Pengajian bermula pada awal September 2009, masih lagi berbaki 8 bulan dihadapan. `Tarian silat` yang bagaimana harus dipersembahkan demi mencapai angka tersebut…? `Sihir` jenis apakah yang harus aku lakukan..? Tarian silat dan `sihir` yang sedang dipersembahkan kini memang tidak mampu mencapai jumlah tersebut, oleh yang demikian, hijrah daripada tempat bertapa sekarang ke gelanggan lain wajib disegerakan.

TAJAAN IBU BAPA

Secara teorinya, pada abad ke-21 ini, majoriti ibu bapa Melayu di Malaysia tidak mampu menghantar anak2 ke UK dan USA tanpa tajaan kerajaan. Kecuali ada segelintir yang berbuat sedemikian, mereka ini boleh dikategorikan golongan yang telah mencapai status `Financial Freedom`. Status golongan `Financial Freedom` berarti golongan yang telah berjaya keluar daripada perlumbaan kehidupan, ketika ini, wang bekerja untuk mereka dan bukan mereka bekerja untuk wang.

Aku dibesarkan didalam keluarga yang tidak mencapai status `Financial Freedom` dan dalam masa yang sama aku berkawan dengan mereka yang sedang menuju kearah `Financial Freedom` dan ada juga dikalangan mereka yang telah mencapai status itu. Kehidupan mereka jelas berbeza dengan orang ramai, semakin sedikit bekerja, semakin banyak keuntungan dan wang diperolehi. Kita tidak boleh menyalahkan kedua2 ibu bapa atas ketidak mampuan mereka berdua menyara pengajian kita yang mahal itu, tetapi kita harus menyalahkan diri kita sendiri sekiranya kita tidak mampu menyara kos pengajian anak2 kita terutama bagi peringkat Universiti (Di negara maju spt UK, USA). Sekiranya ini berlaku, kita mengulangi sejarah silam yang telah kita lalui dan alami. Kitalah yang bersalah dan bukanya orang lain.

Demi memastikan anak2 anda mendapat ilmu pengetahun terbaik duniawi dan ukhrawi, `bajet` perlu disediakan untuk mereka. `Bajet` itu tidak akan tersedia selagi anda berfikir seperti orang ramai, ia tidak akan tersedia selagi anda masih belum menyara diri anda secukupnya.

Itulah hakikat menuntut ilmu yang memerlukan wang dan ringgit, bukan untuk bermewah2, tetapi sekadar cukup2 makan semasa zaman menimba dan menadah. Benarlah kata2 Iman Shafie menerusi syairnya:

أخي لن تنال العلم إلا بستة

سأنبيك عن تفصيلها ببـيان

ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة

وصحبة أستاذ وطول زمان

Saudaraku!! Kamu pasti tidak akan mencapai ILMU kecuali dengan enam perkara,

Aku akan memberitahu kamu tentang perkara tersebut dengan keterangan ini.

Kecerdikan, Minat yang mendalam, Bersungguh-sungguh, Keperluan saraan hidup (Wang)

Berkawan dengan ustaz dan Masa yang panjang.

Gaharuemas,

Abou Temmam, Kenitra.

Seminggu di UK

SEMINGGU DI UK

Hampir 3 minggu tidak `memegang senjata` menulis sesuatu di ruang ini. Kesibukan Hari Raya Aidiladha dan bermusafir ke UK selama seminggu menyebabkan ruang ini kesepian. Seminggu di UK sudah pasti terdapat sesuatu untuk dikongsi bersama.

Dorongan untuk ke UK mula berputik apabila tiga permohonan Master yang dikemukakan ditolak oleh Kementerian Pengajian Tinggi Morocco. Permohonan pertema ke Uni Mohd 5 Rabat, permohonan kedua ke Uni Ibn Tofail, Kenitra dan permohonan terakhir ke Uni Qadi Iyad Marrakech. Kita hanya memohon, akan tetapi segala keputusan ditangan Ilahi. `Kebaikan itu sentiasa pada pilihan Ilahi`.

Gesaan untuk ke sana bertambah lagi apabila rakan2 serumah yang berada di UK pada musim panas yang lalu sedikit demi sedikit meracuni pemikiran aku untuk belajar disana. Demi mendapatkan kepastian mengenai sistem pembelajaran disana, ia cukup baik sekiranya aku sendiri yang bertandang ke sana. Pemergian kesana menjadi lebih menarik apabila Harith, rakan sebilik turut sama mengikuti.

Alhamdulillah kami mendapat tiket Ryan Air, dengan DH 312 sahaja untuk seorang, pergi dan balik (Morocco-UK). Sekitar 27 Euro seorang. Ia cukup murah dan berbaloi. Bukan setakat itu sahaja, kami terus membeli tiket bas (fun-fare) National Express sebelum keberangkatan kami ke sana.

Hari pertama di Bristol, kami disambut oleh Amir, pelajar Master di Bristol. Hanya satu malam sahaja sempat bertemu mata dengan beliau, berborak dan bertukar fikiran. Mula berkenalan dengan beliau ketika kami bertemu di Jamiyyah Annur, Istanbul 2007. Sedikit pandangan dan pengalaman beliau diambil demi memenuhi misi ke sana.

Hari kedua, kami terus ke Leicester melalui London. Sistem pengakutan sangat memberangsangkan dan memuaskan. Bas akan bertolak mengikut waktu, on time katakan…ia sungguh berbeza dengan keadaan di Morocco. Bila dibandingkan antara sana dan sini, aku menjadi ketawa sendirian.

Di Leicester, kami disambut oleh Ustaz Muis, pelajar MA di MIHE dalam bidang Islamic Banking, Finance and Management. Dia orang Kelantan, dan telah lama menetap di sana. Oleh yang demikian, senanglah untuk bertutur dengan beliau dengan mengunakan bahasa `kelate`. Sampai di UK pun, bahasa `kelate` masih relevan..hehehhe

Beliau tinggal dengan sorang pelajar Syiria- Yusof, ah..langkah ini sungguh bijak. dengan ini, mereka terpaksa berbahasa Inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi, dan secara tidak langsung akan meningkatkan penguasaan BI mereka. Sampai2 sahaja terus berborak mengenai MIHE dan bidang Islamic Finance bersama Ustaz Muis, Yusof , dan Taufik dari Bangladesh. Perbincangan sungguh menarik dan maklumat yang diambil boleh tahan banyaknya.

Belajar memang seronok tetapi apabila memikirkan kos yuran pembelajaran di UK, ia sungguh mahal. Inilah yang memeningkan kepala bagi setiap pelajar bukan tajaan. Disini terujinya keberanian dan keseungguhan seorang lelaki. Ustaz Muis sungguh cekal dan tabah. Beliau sendiri menyara hidup dan beliau sendiri membayar yuran pengajian. Tajribah atau percubaan yang dilakukan oleh beliau sukar untuk ditiru dan dilakukan.

Terima Kasih diucapkan kpd Ustaz Muis atas pertolongan dan penerangan yang diberikan.

MIHE


Lokasinya terletak berdekatan bandar Leicester, dan MIHE adalah kepunyaan Islamic Foundation. Suasana di MIHE sedikit sunyi dan amat sesuai untuk belajar. Pelajarnya datang dari pelbagai negara dan ini memberi satu kebaikan kepada para pelajar untuk mencipta `worldwide network`.

MIHE sebenarnya dikenali dengan Islamic Banking, perpustakaanya adalah yang terbaik di UK bagi kategori Islamic Banking. Dengan erti kata lain, rujukan untuk Islamic Banking amat mudah didapati disitu. Profesornya pun boleh tahan, ramai yang hebat2 dan pakar dalam bidang tertentu.

Yuran disini agak murah berbanding tempat lain, bagi kos MA Islamic Banking ia hanyalah 6200 GBP @ 73,780.00 DH @ 31,600  RM +-. Wow, kalau tidak ada tajaan, ia sungguh menyakitkan.

LAMPETER, DR MAZA & USTAZ ZAHARUDDIN


Kami ke Lampeter untuk menziarahi Ustaz Halim Mohd Naam yang kini dalam proses menyiapkan tesis PhD beliau dalam bidang berkaitan dengan Linguistik Bahasa Arab. Ustaz Halim adalah antara bekas pelajar Morocco di Uni Mohd 5 pada zaman 90-an. Beliau dengan baik hati membawa kami berjalan sekitar bandar Caredigon, dalam masa yang sama kami sempat mempelajari sesuatu dengan beliau. Ilmu ini sungguh bernilai bagi sesiapa sahaja yang ingin belajar di UK.

Tidak disangka, rupaya Dr Maza juga menumpang dirumah beliau. Dr Maza, bekas Mufti Perlis menumpang dirumah beliau sementara menunggu masa untuk masuk ke rumah baru beliau di Lampeter. Beliau kesana untuk program sabatikal di Uni of Wales, Lampeter.

Perbualan dengan Dr Maza sungguh rancak dan mencakupi pelbagai isu, agama, politik, kepimpinan dan pelbagai lagi. Hampir setiap kali apabila tiba waktu makan, kami akan bersembang di ruang tamu rumah Ustaz Halim.

Kami juga berpeluang berjumpa dengan Ustaz Zaharuddin yang kini sedang dalam proses PhD dalam Islamic Banking. Perjumpaan ini diatur oleh Ustaz Halim. Ustaz Zaharuddin melontarkan persoalan kepada kami berdua, kenapa nak ambil Islamic Banking dan nak jadi apa lepas nie.? Persoalan ini memerlukan jawapan yang jelas bagi sesiapa sahaja yang ingin menjejaki kaki ke bidang Islamic Banking.

Alangkah elok dan beruntung sekiranya PMMM dapat merangka satu seminar atau program dan menjemput Ustaz Halim dan Ustaz Zaharuddin bertandang ke Morocco.

Kami berasa sungguh bertuah dapat berjumpa dengan golongan Malaysia di Lampeter, terutama demi berkongsi pengalaman di perantauan. Terima kasih Ustaz Halim.

LONDON


Sebelum berleas pulang semula ke Morocco, sempat juga berjalan2 sekitar London dengan ditemani oleh rakan sekolah Maahad Muhammadi (L) dahulu, Saudara Asyraf. Dia adalah antara pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan 2003. dan kini sedang belajar dalam bidang kedoktoran di London. Sudah 4 tahun tidak bertemu mata dengan beliau, namun begitu beliau tidak banyak berubah, masih Asyraf dulu lagi.

Terima kasih banyak2 Dr Asyraf.

Makan di London boleh tahan juga harganya, nak kata mahal pun tidak juga. Nasi beriani sepingan 4.50 Pound @ 53.50 DH @ 23 RM. Ok lah.tidak terlalu mahal, kerana nasi beriani tu boleh dimakan untuk 2 orang Melayu (perut Melayu saiz kecil kot).

Kami sempat menunaikan solat Jumaat di Central Mosque, London. Malihat kepada wajah Tok Khatib, aku jangkakan ia berasal daripada Bangladesh atau kawasan sekitarnya. Khutbah pertama dalam bahasa arab fushah dan khutbah yang kedua dalam bahasa Inggeris. Setiap minggu, disinilah berkumpulnya Muslim Asia, Muslim Afrika, Muslim Eropah, Muslim Arab, Muslim Cina dan pelbagai lagi, demi menunaikan kewajipan Jumaat.

Keesokan hari, kami berdua terus pulang Morocco, dengan membawa satu harapan baru, membawa satu idea baru, membawa pulang semangat mengunung untuk menyambung pelayaran kehidupan disana buat beberapa detik dan ketika sebelum berakhirnya zaman muda. Ketika zaman muda inilah, seseorang berada dipuncak kekuatan tenaga, ketika inilah kehidupan menolak insan mencari seribu pengalaman baru tentang kehidupan, ketika inilah masa untuk menimba adab dan akhlak sebelum menjadi dewasa dan berumahtangga.